TAK DAPAT NAK INSTALL DIRECTX PADA WINDOW 7 "HOW TO SOLVE DIRECTX IN WINDOW 7?"

XINPUT1_3.dll, dxerror.log, directx.log error, error code: S1023, DXSDK, dxwebsetup

Untuk memasang atau install game pada pc atau komputer, kita perlu memasang atau install directx terlebih dahulu. jika kita tidak memasang atau install direct x terlebih dahulu dan terus menginstall game tersebut maka kotak seperti dalam gambar dibawah yang "XINPUT1_3.dll is missing" akan muncul.


XINPUT1_3.dll, dxerror.log, directx.log error, error code: S1023, DXSDK, dxwebsetup

Jika kita mencari cara nak selesaikan masalah ini dalam google, kebanyakannya akan menyuruh kita memasang directx terlebih dahulu. berdasarkan pengalaman yang saya hadapi, memang betul kita mesti memasang atau install directx terlebih dahulu. tetapi semasa saya cuba menginstall DXSDK_Jun10 yang diperolehi daripada website microsoft, Error code: S1023 akan muncul dan pemasangan atau install directx juga gagal.

Setelah itu, saya mencuba untuk menginstall dxwebsetup yang diperolehi daripada website microsoft juga tetapi masih gagal dan kotak "dxerror.log and directx.log error" pulak yang muncul. Selepas itu saya cuba masuk ke dalam registry dan lihat ada satu file Default sahaja yang ada dan 2 lagi fail iaitu InstalledVersion dan juga Version hilang.

Macam mana nak tengok fail tu? Cuma taip regedit pada kotak search program selepas itu ikut laluan HKEY_LOCAL_MACHINE --> SOFTWARE --> Wow6432Node --> Microsoft -->DirectX dan anda akan lihat kotak seperti dibawah.


XINPUT1_3.dll, dxerror.log, directx.log error, error code: S1023, DXSDK, dxwebsetup

Selepas itu pastikan ketiga-tiga fail terdapat seperti dalam gambar dibawah. Jika fail InstalledVersion dan Version tidak terdapat dalam ruangan tersebut, anda perlulah mewujudkan semula fail tersebut. Macam mana nak buat baru fail InstalledVersion dan juga Version? Cuma klik kanan pada ruangan tersebut dan sila klik New --> Binary value. Selepas itu tukar nama fail tersebut menjadi InstalledVersion dan masukkan nilai 00 00 00 09 00 00 00 00 dalam kotak value tersebut.

untuk membuat fail version, klik kanan pada ruangan tersebut dan pilih New --> String Value. Tukar nama fail tersebut menjadi Version dan masukkan nilai 4.09.00.0904 pada ruangan value tersebut. Selepas itu tutup tetingkap atau window tersebut dan restart pc atau komputer anda. Selepas itu cuba install directX anda seperti biasa.

Jika gagal. Sila muat turun atau download fail directx disini. Kemudian buat satu folder baru dan extract fail yang baru dimuat turun atau didownload tadi kedalam folder tersebut. Cuba install directx yang baru diextract tadi. Semoga berjaya.
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

4 comments:

  1. Dulu selalu dapat amaran ni tapi sekarang ok dah..

    ReplyDelete
  2. salam bos...link tu tak boleh guna...jemm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari lain dah.. baru tengok ni.. hehe..

      Delete