GLOBAL TIDE SOFTWARE UNTUK PEMANCING

Global Tide
Kepada para pemancing yang memerlukan jadual air pasang surut, disini saya nak kongsikan satu software atau aplikasi yang sangat mudah untuk digunakan. Dimana dengan menggunakan software atau aplikasi ini juga kita akan dapat waktu ramalan air pasang dan surut, ramalan cuaca selama seminggu dan juga waktu ikan aktif, tidak aktif dan sangat aktif.



Dengan menggunakan software atau aplikasi ini, kita dapat melihat graf air pasang dan surut seperti dalam gambar dibawah untuk hari itu dan sebelumnya sahaja sebab masih tak jumpa lagi cara untuk melihat graf air pasang surut untuk hari seterusnya lagi.

Graf Air Pasang Surut
Walaubagaimanapun, kita masih boleh melihat jadual air pasang dan surut dengan melihat pada bahagian lunar seperti dalam gambar dibawah. Dengan memasuki bahagian ini, kita akan dapat melihat masa tahap tertinggi air dan juga terendah air ketika air pasang surut. Jadi dengan sendirinya, para pemancing akan dapat meramalkan masa ketika air sedang pasang dan juga masa ketika air sedang surut.

Jadual Air Pasang Dan Surut
Dengan menggunakan software atau aplikasi ini juga, pemancing akan diberitahu berkenaan maklumat ramalan cuaca dengan lebih teliti apabila kita klik pada bahagian yang mempunyai gambar kompas. seperti dalam gambar dibawah. Apabila pemancing sudah memasuki bahagian tersebut, paparan ramalan cuaca akan muncul. Apa yang menariknya, pemancing akan mendapat ramalan cuaca, ketinggian ombak, kelajuan angin, arah angin dan macam-macam lagi selama seminggu.

Jadual Ramalan Cuaca
Dan apa yang paling menarik ialah, pemancing akan diberitahu waktu dimana ikan paling aktif, aktif dan juga tidak aktif Seperti dalam gambar dibawah. Jadi bolehlah pemancing merancang masa bila hendak pergi memancing. Senang bukan? hehehe...

Waktu Keaktifan Ikan
Walaubagaimanapun, jika sesiapa yang ada menggunakan software atau aplikasi lain, bolehlah kita berkongsi untuk kemudahan bersama. Sekian terima kasih.





Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment