LINE ROLLER TERBAIK UNTUK SPINNING REEL


Titanium Line Roller
Pada masa kini terlalu banyak mesin pancing yang dihasilkan oleh pengeluar mesin pancing dan pelbagai jenis mesin pancing juga telah wujud pada masa kini. Antara mesin pancing yang selalu diguna pakai adalah dari jenis spinning reelmesin pancing jenis spinning reel ini sangat mudah untuk digunakan kerana ianya tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menghantar umpan kedalam air.

Walaubagaimanapun, mesin pancing jenis spinning reel ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk memastikan jangka hayatnya menjadi lebih panjang tanpa kerosakan. Bukan sahaja mesin pancing jenis spinning reel sahaja yang memerlukan penjagaan rapi tetapi semua barang juga memerlukan penjagaan yang rapi jika mahu digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Berdasarkan harga setiap mesin pancing dan juga jenama, kita dapat jangkakan jaminan kualiti bagi sesebuah mesin pancing tersebut. Ini tidak bermaksud mesin pancing yang murah tidak berkualiti tetapi kebanyakannya adalah seperti itu dan bukan semua mesin pancing yang mahal tidak ada kelemahan langsung.

Dalam topik kali ini, kita akan fokus berkenaan dengan tajuk line roller untuk mesin pancing. Kebanyakan mesin pancing yang dijual di dipasaran akan dijual bersama spare part yang yang mudah rosak. Antaranya ialah line roller. Bagi sesetengah mesin pancing, material line roller adalah tidak tahan dan mudah haus apatah lagi jika digunakan oleh orang yang jenis tidak menjaga barang pancingnya setelah digunakan.

Kebiasaannya barang pancing yang tidak dijaga akan bermasalah pada bahagian line rollernya jika tidak dijaga. Bearing didalam line roller yang tidak dibasuh dan dan diletakkan minyak setelah digunakan akan cepat berkarat dan akan menyebabkan kegagalan line roller tersebut daripada berputar. Jika line roller ini gagal untuk berputar dengan baik, tali yang digulung akan memotong line roller tersebut dengan lebih cepat dan tali pancing juga akan jadi lebih cepat berbulu dan rosak.

Walaupun mesin pancing dijaga dengan baik sekalipun, line roller tersebut tetap akan rosak dimana tali pancing akan memotong line roller tersebut dengan sekata. Ini kerana kebanyakan bahan yang digunakan untuk membuat line roller adalah kurang berkualiti. Kalau nak dibandingkan kualiti, line roller dari Jepun lebih tahan jika dibandingkan dengan kualiti line roller daripada China mungkin kerana disebabkan jenis bahannya binaannya yang berbeza.

Walaubagaimanapun bukan semua line roller dari China tidak berkualiti apatah lagi jika line roller  dibuat secara custom. Jika dibuat secara custom, kita boleh pilih sendiri jenis material yang kita mahukan untuk menggantikan material asal yang dikatakan kurang berkualiti seperti tidak tahan haus dan sebagainya.

Disebabkan masalah ini, custom line roller yang boleh digunapakai untuk sesetengah mesin pancing telah dibuat untuk memastikan line roller tersebut lebih tahan lama daripada yang asal. Antaranya ialah line roller yang boleh digunakan untuk Daiwa Saltist 4500H, Daiwa Seagate 4500H, Daiwa BG, Daiwa Exceller 4500H, Daiwa Saltiga 4500H, Ryobi AP Power 8000,  dan sekarang dalam proses untuk membuat Shimano Saragosa 6000 dan Shimano Saragosa 8000.

Ryobi AP Power Titanium Line Roller
Line roller ini adalah antara yang terbaik kerananya ianya dibuat daripada titanium yang keras dan lebih tahan hausnya. Kualitinya adalah lebih baik dan lagi ringan daripada yang asal. Cuma harganya sedikit mahal daripada harga yang asal.
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment