pancing pantai ni, pertama sekali adalah budjet pemancing itu sendiri dan yang kedua adalah keselesaan pemancing itu sendiri. Pemilihan
pantai selalunya akan dikaitkan dengan ketinggian pemancing dan juga berat pemancing itu sendiri. Ini kerana pemancing yang rendah dan ringan selalunya memiliki tenaga yang kurang berbanding pemancing yang berbadan besar. Walaubagaimanapun, tidak semua pemancing yang berbadan besar mampu mampu menggunakan joran pantai yang lebih panjang daripada pemancing yang berbadan kecil. Ini begantung kepada keselesaan pemancing itu sendiri dan juga jenis
yang digunakan.
Jenis
joran pantai yang berlainan juga mampu memberi kesan yang berlainan juga kepada keselesaan pemancing kerana jenis
joran yang berlainan mempunyai kekerasan yang berlainan. Selalunya jenis
joran pantai yang selalu digunakan di Malaysia adalah
joran yang sederhana kekerasannya. Walaubagaimanapun, ada juga pemancing yang suka menggunakan
joran pantai yang keras dan ada juga yang suka menggunakan
joran yang lembut. Antara
joran pantai yang selalu digunakan di Malaysia adalah terdiri daripada brand
banax,
shimano,
daiwa,
lemax,
xpuyu,
abu garcia,
eupro dan banyak lagi.
 |
Banax Scorpion |
Antara
joran pancing pantai yang paling digemari oleh pemancing di Malaysia adalah Banax Scorpion yang panjangnya 15 kaki dan juga 16.5 kaki. Ini disebabkan kekerasan
joran yang sangat bersesuaian dengan tenaga pemancing di Malaysia. Selain itu,
joran ini juga boleh dikatakan lasak dan batu ladung yang boleh digunakan pada
joran ini boleh mencecah lebih daripada 155gram.
 |
Banax Tornado |
Selain itu,
joran pancing pantai Banax Tornado 15 kaki dan 16.5 kaki juga digemari oleh kebanyakan pemancing. ini kerana
jorannya yang ringan dan kekerasannya sangat selesa untuk digunakan oleh kebanyakan pemancing di Malaysia. Tetapi
joran ini sedikit lembut dan tidak boleh digunakan terlalu lasak. Batu ladung yang sesuai digunakan untuk
joran ini adalah setakat 135gram sahaja. jika lebih daripada itu, risiko untuk
joran ini patah adalah tinggi. Walaubagaimanapun, ianya adalah bergantung kepada cara pemancing itu sendiri menggunakannya.
 |
Eupro Lexida |
Joran Eupro Lexida juga adalah
joran yang banyak digunakan di negara kita. ini kerana
jorannya yang lebih kecil tetapi kekerasannya masih tinggi dan tahan lasak disebabkan ketebalan
joran itu sendiri. Beratnya adalah lebih kurang sama dengan Banax Scorpion tetapi saiz
jorannya adalah lebih kecil.
Teriakasih ulasannya,mas.
ReplyDeleteSalah satu adikku seringkali mancing di kolam pemancingan yang ada restonya, setidaknya membaca ulasan ini jadi tau memilih jenis joran yang tepat.
sama-sama..
Deletetak kenal.. semua joran sama je haha
ReplyDeletenaddy kena pergi mancing baru tau.. hihih...
Delete