MEMBINA PENTAGON SEKATA JIKA DIBERI PANJANG SATU SISI

Pentagon merupakan salah satu bentuk poligon yang diajarkan kepada pelajar dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tinkatan empat. Dalam kes ini, satu panjang sisi diberikan dan diminta untuk melengkapkan sisi-sisi yang lain untuk menjadikannya sebagai pentagon yang sekata. Antara langkah-langkah untuk membina bentuk pentagon adalah seperti yang ditunjukkan dibawah.


Diberi panjang satu sisi pentagon kepada pelajar seperti dalam gambar dibawah.
diberikan panjang satu sisi 

Langkah Pertama:

Bina satu garisan yang berserenjang ditengah-tengah garisan sisi yang diberikan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah dibawah.
Langkah Pertama

Langkah Kedua:

Bina dua garisan yang bersudut 45 darjah dan juga 60 darjah disetiap hujung garisan yang diberikan seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Langkah Kedua

Langkah Ketiga:

Bina satu garisan yang berseranjang antara garisan persilangan yang bersudut 45 darjah dan juga 60 darjah dengan garisan serenjang yang dibina dalam langkah pertama seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Langkah Ketiga

Langkah Keempat:

Berpandukan garisan persilangan antara garisan serenjang yang dibina dalam langkah pertama dan juga langkah ketiga, binakan satu bulatan lengkap menerusi hujung sisi garisan yang mula-mula diberikan tadi seperti dalam gambar dibawah.
Langkah Keempat

Langkah Kelima:

Berpandukan panjang sisi garisan yang mula-mula diberikan tadi, buat dua lengkuk dengan berpusatkan hujung garisan sisi yang diberikan tadi merentasi bulatan yang dibuat dalam langkah keempat tadi seperti dalam gambar dibawah.
Langkah Kelima

Langkah Keenam:

Binakan garisan sisi pentagon yang selebihnya dengan berpandukan garisan persilangan yang dibuat dalam langkah kelima sebentar tadi seperti dalam gambar dibawah. Bentuk pentagon siap dilukis selepas semua garisan terakhir tadi bersambung seperti dalam gambar dibawah. Selamat mencuba.
Langkah Keenam







Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment