CARA MEMBINA HEKSAGON SEKATA JIKA DIBERIKAN PANJANG SATU SISI

Dalam bab geometri bahagian bentuk-bentuk poligon, heksagon juga merupakan salah satu tajuk yang diajarkan kepada pelajar dimana terdapatnya tiga kes seperti yang telah diberitahu sebelum ini. anda boleh rujuk disini.

Dalam entri ini, heksagon sekata akan dilukis jika diberikan panjang satu sisinya seperti dalam gambar dibawah.

Panjang satu sisi heksagon diberi
Langkah 1:

Berpandukan panjang sisi heksagon yang telah diberikan tadi, binakan dua lengkuk berpusatkan kedua-dua hujung sisi heksagon tersebut dan panjang jejari lengkuk tersebut hendaklah sama dengan panjang sisi heksagon tersebut.

Langkah 1

Langkah 2:

Berpandukan garisan persilangan antara dua lengkuk yang telah dibinakan dalam langkah 1 tadi, jadikan garisan persilangan lengkuk tadi sebagai pusat bulatan. Binakan satu bulatan berpusatkan garisan persilangan tadi berjejarikan panjang sisi heksagon yang telah diberikan seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Langkah 2

Langkah 3:

Dengan menggunakan panjang sisi heksagon yang telah diberikan, binakan lengkuk mengelilingi bulatan yang telah dibuat dalam langkah 2 tadi seperti dalam gambar dibawah.
Langkah 3

Langkah 4:

Binakan garisan lurus daripada hujung sisi yang telah diberikan kearah titik persilangan antara lengkuk yang telah dibuat dalam langkah 3 dengan bulatan lengkap seperti dalam gambar dibawah. Selepas semua garisan lurus ini bercantum, maka bentuk heksagon akan terhasil. Selamat mencuba.

Langkah 4




Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment