PEMILIHAN JORAN PANCING PANTAI

Untuk entri kali ini kita akan menceritakan berkenaan joran panjang.  Untuk pemilihan joran pancing pantai ni,  pertama sekali adalah budjet pemancing itu sendiri dan yang kedua adalah keselesaan pemancing itu sendiri. Pemilihan joran pantai selalunya akan dikaitkan dengan ketinggian pemancing dan juga berat pemancing itu sendiri. Ini kerana pemancing yang rendah dan ringan selalunya memiliki tenaga yang kurang berbanding pemancing yang berbadan besar.  Walaubagaimanapun,  tidak semua pemancing yang berbadan besar mampu mampu menggunakan joran pantai yang lebih panjang daripada pemancing yang berbadan kecil.  Ini begantung kepada keselesaan pemancing itu sendiri dan juga jenis joran yang digunakan.

Jenis joran pantai yang berlainan juga mampu memberi kesan yang berlainan juga kepada keselesaan pemancing kerana jenis joran yang berlainan mempunyai kekerasan yang berlainan. Selalunya jenis joran pantai yang selalu digunakan di Malaysia adalah joran yang sederhana kekerasannya.  Walaubagaimanapun,  ada juga pemancing yang suka menggunakan joran pantai yang keras dan ada juga yang suka menggunakan joran yang lembut. Antara joran pantai yang selalu digunakan di Malaysia adalah terdiri daripada brand banaxshimanodaiwalemaxxpuyu, abu garciaeupro dan banyak lagi.

Banax Scorpion
Antara joran pancing pantai yang paling digemari oleh pemancing di Malaysia adalah Banax Scorpion yang panjangnya 15 kaki dan juga 16.5 kaki. Ini disebabkan kekerasan joran yang sangat bersesuaian dengan tenaga pemancing di Malaysia. Selain itu, joran ini juga boleh dikatakan lasak dan batu ladung yang boleh digunakan pada joran ini boleh mencecah lebih daripada 155gram.

Banax Tornado
Selain itu, joran pancing pantai Banax Tornado 15 kaki dan 16.5 kaki juga digemari oleh kebanyakan pemancing. ini kerana jorannya yang ringan dan kekerasannya sangat selesa untuk digunakan oleh kebanyakan pemancing di Malaysia. Tetapi joran ini sedikit lembut dan tidak boleh digunakan terlalu lasak. Batu ladung yang sesuai digunakan untuk joran ini adalah setakat 135gram sahaja. jika lebih daripada itu, risiko untuk joran ini patah adalah tinggi. Walaubagaimanapun, ianya adalah bergantung kepada cara pemancing itu sendiri menggunakannya.

Eupro Lexida
Joran Eupro Lexida juga adalah joran yang banyak digunakan di negara kita. ini kerana jorannya yang lebih kecil tetapi kekerasannya masih tinggi dan tahan lasak disebabkan ketebalan joran itu sendiri. Beratnya adalah lebih kurang sama dengan Banax Scorpion tetapi saiz jorannya adalah lebih kecil.
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

4 comments:

  1. Teriakasih ulasannya,mas.
    Salah satu adikku seringkali mancing di kolam pemancingan yang ada restonya, setidaknya membaca ulasan ini jadi tau memilih jenis joran yang tepat.

    ReplyDelete
  2. tak kenal.. semua joran sama je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. naddy kena pergi mancing baru tau.. hihih...

      Delete