CARA MEMBUAT BUTANG LINK ATAU HYPERLINK DENGAN POWER POINT PART 2

Anda seorang peniaga? Nak buat iklan secara secara online? Tidak tahu membuat blog? Mahukan iklan secara online? Selain menggunakan facebook, anda juga boleh menggunakan brochure atau kad bisnes atau business card atau email untuk mempromosikan produk anda.


Dengan menggunakan email, anda boleh mengisi banyak maklumat dan gambar kepada penerima. Jika terlalu banyak maklumat yang anda ingin tunjukkan kepada penerima email anda, adalah lebih wajar jika anda menggunakan attachment file untuk diberikan kepada penerima email anda. Untuk menarik pelanggan dengan lebih berkesan, anda perlulah melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan pelangan anda dimana iklan anda perlu mempunyai penampilan yang menarik.

Disini saya ingin berkongsikan salah satu cara untuk membuat attachment yang akan memudahkan penerima anda untuk melihat membalas semula email anda dengan lebih mudah. Disini saya akan menggunakan microsoft office power point untuk dijadikan sebagai attachment. Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. ianya lebih kurang sama sahaja dengan tutorial yang sebelum ini dalam part 1.

Untuk meletakkan email dalam microsoft office power point, anda cuma perlu highlight pada perkataan tersebut. Seperti dalam gambar dibawah, saya ingin penerima email saya untuk klik pada perkataan email saya iaitu notabelajarsaya@gmail.com dimana saya telah membuat hyperlink dengan menggunakan email saya. Caranya ialah, cuba highlight perkataan notabelajarsaya@gmail.com dan kemudian klik kanan pada mouse tersebut dan pilih hyperlink seperti dalam gambar dibawah.


Kemudian satu tetingkap atau window akan keluar seperti dalam gambar dibawah. Pilih Link to E-mail Address dan isikan alamat email anda dan juga subjek dalam ruang yang telah disediakan. Seterusnya klik ok dan cuba lihat apa yang terhasil.


Sekarang fail iklan anda sudah siap dan cuba anda tekan pada slide show. Gambar dibawah menunjukkan hasil yang telah siap dimana pada perkataan notabelajarsaya@gmail.com telah mempunyai link untuk ke email anda. Sila tekan pada perkataan yang anda telah buat hyperlink dan lihat apa yang akan terjadi. Sekian terima kasih.

Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment