CARA MENGGUNAKAN TEAMVIEWER

cara menggunakan teamviewer, remote pc software, cara remote pc, cara kawal komputer, cara remote komputer
Nak remote komputer atau laptop orang dari rumah? Nak remote komputer atau laptop orang dari mana-mana sahaja dengan handphone? Bagaimana nak tolong orang yang tinggal jauh dari kita yang mempunyai masalah komputer? Dengan menggunakan software teamviewer, anda dapat membantu kawan-kawan atau keluarga ataupun saudara mara anda menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Bagaimana nak menggunakan software teamviewer? Bagaimana nak dapatkan software teamviewer? Anda boleh dapatkannya disini

Dengan jarah yang berjauhan anda masih mampu untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah komputer. Disini saya ingin berkongsikan cara bagaimana nak menggunakan software teamviewer. Pertama sekali, anda hendaklah membuka program tersebut pada kedua-dua komputer iaitu komputer anda dan juga komputer yang bermasalah. Untuk komputer yang bermasalah, suruh tuan punya komputer untuk hidupkan komputer yang lagi satu dan buka program teamviewer tersebut. Selepas itu, mintak no id dan password dari pc yang bermasalah tadi dan masukkan dalam ruangan seperti yang ditunjukkan seperti dalam gambar dibawah.

Masukkan ID partner anda disini

cara menggunakan teamviewer, remote pc software, cara remote pc, cara kawal komputer, cara remote komputer

Masukkan password partner anda disini

cara menggunakan teamviewer, remote pc software, cara remote pc, cara kawal komputer, cara remote komputer

Dan seterusnya anda akan mendapati satu tetingkap atau window akan keluar. Disitu anda akan dapat melihat dan mengawal komputer tersebut dari komputer anda. Walaubagaimanapun, jika hardware yang bermasalah, anda tidak boleh menggunakan teamviewer untuk menyelesaikan masalah. Contohnya jika komputer yang bermasalah itu berpunca daripada power supply, macam mana nak hidupkan? Walaubagaimanpun, anda masih boleh bertanya kepada pengguna komputer yang bermasalah tersebut terlebih dahulu untuk memahami apa masalah yang dihadapi olehnya. Sekian terima kasih.
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment