MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID PADA KOMPUTER ATAU LAPTOP DENGAN BLUESTACKS


Tahukah anda bagaimana nak menggunakan aplikasi yang terdapat pada android anda pada komputer atau laptop? Sebenarnya sudah terdapat beberapa software yang boleh digunakan pada komputer atau laptop anda untuk membolehkan aplikasi yang hanya boleh dipasang atau diinstall pada android atau handphone dipasang atau diinstall pada komputer atau laptop juga. Bagaimana nak install aplikasi bluestacks? Sila download disini atau boleh tengok mana-mana software yang berkenan dihati disini ataupun sila baca sampai habis sehingga berjumpa link download pada bahagian paling bawah.. hehe..


Dengan menggunakan aplikasi bluestacks, kita boleh memasang game atau permainan yang biasa dipasang atau diinstall pada handphone boleh juga dipasang atau diinstall pada komputer. Cuba bayangkan betapa besarnya paparan yang kita dapat lihat kalau kita menggunakan bluestacks pada komputer atau laptop.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pro dan kontra jika kita menggunakan software bluestacks ini pada komputer ataupun laptop. Antara kebaikan yang didapati jika kita menggunakan software bluestacks ini ialah, kita sebenarnya dapat menjimatkan bateri handphone kerana dengan adanya bluestacks, kita akan lebih jarang menggunakan handphone ketika bermain permainan yang terdapat pada handphone kita berbanding komputer atau laptop.

Walaubagaimanpun, jika kita menggunakan software bluestacks, bil elektrik kita akan menjadi lebih tinggi kerana kita akan lebih kerap bermain komputer atau laptop berbanding handphone kerana kita akan lebih seronok seolah-olah kita mempunyai handphone yang mempunyai skrin yang besar.

BlueStacks v2.5.55
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

8 comments: