|
Gancu Ikan |
Pejam celik pejam celik sudah nak masuk tiga suku tahun dah memancing kat pantai tapi satu
gancu ikan pun tak ada. Haha.. Sekarang baru boleh rasa selesa sikit sebab dah ada satu. Ada sesetengah orang panggil penggait ikan. Tujuan
gancu ikan ni sebenarnya untuk memudahkan pemancing untuk menaikkan ikan yang besar dan berat ke darat.
|
Mata Gancu |
Selain itu tujuan
gancu ikan ni tujuannya untuk mengelakkan pemancing tercedera disebabkan oleh pukulan daripada ikan yang besar dan dan berat dan yang lebih penting ialah untuk mengelakkan sengatan ikan yang berbisa seperti pari dan banyak lagi. Macam mana, dimana atau bagaimana nak nak dapatkan
gancu ikan ni? Hehe..
|
Pemegang Gancu |
Sebenarnya tujuan saya buat entri ni untuk berterima kasih kepada penjual
gancu ikan ini yang sudi untuk belanja
gancu ikan yang mahal disebabkan
gancu ikan yang murah tak sempat nak buat. Mungkin disebabkan untuk menjaga hati pelanggan penjual
gancu ikan ni sanggup menggantikan dengan stok yang ada walaupun harganya lebih mahal daripada yang telah dibeli oleh pelanggan disebabkan janjinya untuk menghantar barang tersebut pada hari Selasa.
Jadi macam mana nak dapatkan
gancu ikan macam ni? hehe.. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan
gancu ikan macam ni, korang bolehlah hubungi abang izzat dari Melaka ni (012-2191606). Nak whatsapp pun boleh. Facebook abg izzat pulak boleh klik
sini. Bukan setakat buat
gancu ikan je kerjanya. Rod pancing pun dia buat jugak. Kalau ada sesiapa yang nak baiki rod pancing pun boleh juga hubungi abang izzat ni. Hasil kerjanya pun kemas dan cantik. hehe..
Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu
0 comments:
Post a Comment