GANCU IKAN YANG CANTIK DAN TERBAIK


Gancu ikan atau ada sesetengah orang memanggilnya sabagai pengait ikan merupakan salah satu peralatan memancing yang digunakan oleh pemancing untuk menaikkan ikan yang berat ke atas darat untuk mengelakkan ikan daripada terlepas semula kedalam air. Untuk ikan yang bersaiz kecil, tidak ada masalah untuk dinaikkan tanpa menggunakan gancu ikan atau pengait ikan.

Dalam post ini, saya ingin berkongsikan kepada semua ciri-ciri gancu ikan yang terbaik. Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Kalau ada apa-apa tambahan pendapat, bolehlah tinggal pada bahagian komen ya. Komen-komen yang membina amat diperlukan untuk membolehkan kerja-kerja penambahbaikan pada gancu ikan yang akan dihasilkan kelak.

Mata Gancu Ikan
Antara ciri-ciri gancu ikan yang terbaik adalah memiliki mata yang tajam dan kuat. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan perlulah tahan karat seperti stainless steel. Lengkung untuk mata gancu ikan pula mestilah tidak terlalu kedalam atau tidak terlalu keluar untuk mengelakkan kesukaran ketika mencucuk ikan atau ikan akan mudah terlepas jika lengkung tersebut terlalu keluar. Pastikan mata gancu ikan tersebut perpenutup untuk mengelakkan daripada sebarang kecederaan kepada pemancing. Pastikan peralatan memancing berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan.

Batang Gancu Ikan
Batang gancu ikan pula perlulah kuat untuk membolehkan pemancing mendaratkan ikan dengan jayanya tanpa patah. Selain itu sifat batang gancu ikan yang ringan adalah sangat sesuai kepada pemancing yang suka memancing di kawasan yang jauh kerana gancu ikan atau pengait ikan yang ringan ini akan memudahkan pemancing untuk membawanya kemana-mana sahaja bersama dengan joran atau peralatan memancing yang lain. Panjang batang gancu ikan perlulah sesuai dengan target ikan yang mahu digancu untuk keselamatan pemancing ketika menggancu ikan. Untuk ikan yang berbahaya seperti pari, gancu ikan yang panjang sangat sesuai digunakan sebagai peralatan memancing. Pada pandangan saya gancu ikan yang panjang sesuai untuk banyak jenis ikan dan gancu ikan yang pendek hanya sesuai untuk sesetangah jenis ikan sahaja.

Tali Gancu Ikan
Selain itu, tali juga sangat penting untuk dipasangkan pada batang gancu ikan dan perlulah dipasang pada pergelangan tangan untuk mengelakkan gancu ikan atau pengait ikan tersebut tercabut dan hilang bersama ikan.  Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan gancu ikan yang cantik, kemas dan ringan ini, boleh la hubungi rawi gancu (antara penjual peralatan memancing terbaik) atau saya sendiri seperti dibawah. Sekian harap maklum.

Rawi Gancu facebook atau whatsapp
Matdin facebook atau whatsapp
Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment