LAMPU LED UNTUK MEMANCING PADA WAKTU MALAM

Lampu untuk memancing diwaktu malam
Biasanya memancing diwaktu malam memerlukan alat bantuan untuk memudahkan kita untuk mengesan pergerakan joran ketika ikan makan. Banyak lampu-lampu yang dijual dikedai peralatan memancing yang boleh diguna pakai ketika memancing. Ada lampu yang pakai buang dan ada yang boleh diguna berulang kali.

Stick glow in the dark
Kebanyakannya suka menggunakan stick seperti glow in the dark sebagai peralatan memancing dimana ianya amat mudah untuk didapati dan harganya sangat murah berbanding dengan lampu yang perlu digunakan bersama dengan bateri. Walaupun ianya murah, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja sehingga nyalaannya sudah sukar untuk dilihat.

lampu bersama loceng
Ada juga yang menggunakan lampu yang menggunakan bateri bersama loceng dan bunyi loceng juga akan kedengaran apabila ada pergerakan pada joran tersebut sebagai peralatan memancing. Ianya juga bergantung kepada pemancing itu sendiri jika pemancing itu lebih selesa menggunakan loceng. Ada juga sesetengah pemancing tidak suka menggunakan loceng kerana ianya hanya mengganggu sahaja lebih-lebih lagi ketika memancing di kawasan berangin.

Lampu LED beserta alarm
Disini saya nak kongsikan satu lagi peralatan memancing yang boleh membantu pemancing diwaktu malam dengan lebih berkesan dimana lampu LED \berserta alarm ini akan bertukar warna atau berkelip dengan lebih laju ketika ikan makan. Kebiasaannya lampu ini sukar untuk didapati dikedai peralatan memancing dan jika ada pun harganya sedikit mahal dengan stick glow in the dark tu.

Antara kelebihan lampu LED beserta alarm ini juga ialah, ianya boleh diguna pakai banyak kali dan ianya hanya menyala dengan menggunakan bateri. Nyalaannya juga boleh dihentikan sesudah habis memancing dengan menanggalkan bateri tersebut atau menterbalikkan kedudukan bateri tersebut untuk mengelakkan bateri lampu tersebut daripada hilang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lampu LED berserta alarm tersebut, bolehlah whatsapp saya (011-19962082 atau klik sahaja link ini untuk terus whatsapp.
Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment