SPINNING REEL DAIWA SALTIST 4500H


Daiwa Saltist 4500H
Spinning reel merupakan satu bahagian daripada peralatan memancing yang sangat penting untuk menaikkan ikan ke darat. Pemilihan spinning reel adalah sangat penting untuk memastikan ikan dapat ditarik ke darat dengan jayanya. Walaubagaimanapun, pemilihan peralatan memancingspinning reel ni perlulah mengikut bajet masing-masing untuk mengelakkan masalah ekonomi dalam keluarga pemancing itu sendiri.

Disini saya nak berkongsikan berkenaan

spinning reel jenama Daiwa model Saltist. Ini adalah untuk model daiwa saltist yang lama ya, bukan Daiwa Saltist model baru atau Daiwa Saltist Nero ya. Disebabkan saya sendiri meminati hobi memancing terutamanya pancingan pantai, saiz 4500H adalah sangat sesuai untuk jenama Daiwa. Ini kerana ianya tidak terlalu besar atau terlalu kecil dan amat sesuai untuk digunakan bersama joran 14 kaki keatas.

spinning reel jenama Daiwa model Saltist saiz 4500H tidaklah terlalu berat dan rationya boleh dikatakan laju berbanding dengan model lain untuk setakat ini. Sebenarnya masih ada spinning reel yang yang berkelajuan tinggi seperti Daiwa Saltist 4500H tetapi ada pengguna yang mengatakan spinning reel tersebut sedikit bergoyang ketika pemancing sedang menggulung tali ketika nak menukar umpan. Untuk spinning reel berkelajuan tinggi ini, Daiwa Saltist 4500H adalah yang terbaik untuk setakat ini kerana ianya tidak bergoyang ketika tali sedang digulung.

Untuk spinning reel jenama Daiwa model Saltist 4500H ini, spesifikasi untuk spinning reel ini adalah seperti dibawah.

Spesifikasi Daiwa Saltist 4500H


  1. High speed gear ratio (6.2:1). Ini bersamaan satu kali karau bersamaan 6.2kali tali digulung.
  2. Digigear
  3. 5 biji bearing yang kalis air.
  4. Drag yang kyang kalis air.
  5. Beratnya 595g (21.0oz)

Walaubagaimanapun, peralatan memancing seperti spinning reel jenama Daiwa model Saltist ini juga terdapat kekurangannya dimana roller line yang digunakan terlalu cepat haus. Ini mungkin kerana kalajuannya yang terlalu tinggi menyebabkan geseran yang berlaku antara tali dan roller line tersebut menjadikannya haus. Disebabkan kelemahan itu, saya sendiri telah menempah roller line tersebut yang dibuat daripada stainless steel dan dan telah mendapatkan maklum balas yang positif daripada pengguna dimana roller line tersebut sangat tahan dengan geseran. Kualiti untuk roller line sebenarnya adalah sangat penting untuk memastikan jangka hayat tali yang digunakan menjadi lebih panjang.

Roller line yang telah ditempah khas adalah seperti dalam gambar diatas. Harganya ada hampir 2kali ganda daripada yang asal. Walaubagaimanapun, jangka hayatnya adalah berganda-ganda daripada yang asalnya. Jadi sesiapa yang berminat nak dapatkan roller line untuk spinning reel jenama Daiwa model Saltist 4500H ini boleh la whatsapp saya di no 010-2357896. Sekian harap maklum.
Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment