CARA MEMBINA HEKSAGON SEKATA JIKA DIBERI JARAK DI ANTARA PENJURU


Dalam tajuk heksagon, kita akan belajar cara membina bentuk heksagon apabila diberi jarak di antara dua sisi dan juga jarak di antara penjuru. Sebelum ini sudah diajarkan bagaimana cara untuk membina bentuk heksagon jika diberikan jarak di antara dua sisi, caranya boleh dilihat disini. Jarak di antara penjuru heksagon bermaksud jarak diantara dua penjuru yang bertentangan dalam bentuk heksagon. dalam entri ini, akan diajarkan cara bagaimana untuk membina bentuk heksagon jika diberikan jarak antara dua penjuru.

pertama sekali, garisan jarak yang diberikan itu perlulah dibahagikan terlebih dahulu kepada dua bahagian. Jadikan garisan persilangan tersebut sebagai titik pusat bulatan yang akan dibinakan nanti. Caranya boleh dilihat seperti dibawah.

Langkah 1: Dapatkan pusat bulatan terlebih dahulu.


Selepas itu, binakan satu bulatan berpusatkan titik persilangan seperti yang telah ditunjukkan dalam langkah 1. Garisan bulatan ini juga merupakan jarak diantara penjuru heksagon yang akan dibina, Dapatkan juga garisan persilangan C, D, E dan F dengan membuat lengkok berdasarkan jejari AO ataupun OB. Sila rujuk gambar seperti dalam langkah 2 seperti dibawah.

Langkah 2: Bina bulatan dan juga titik persilangan C,D,E dan F

Sambungkan semua titik persilangan C, D, E dan F seperti dalam langkah 3 dibawah dan bentuk heksagon akan terhasil.

Langkah 3: Sambungkan semua titik persilangan C, D, E dan F
Diharapkan entri yang serba ringkas ini dapat memberikan manfaat yang sewajarnya kepada para pengunjung blog saya yang tak seberapa. Diucapkan juga ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mendapatkan rujukan disini. dan diharapkan juga para pengunjung dapat kongsikan entri ini kepada orang lain dengan menekan butang share dibawah.

Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment