CARA MENCARI DRIVER KOMPUTER ATAU LAPTOP DENGAN MUDAH


Korang selalu ke format sendiri komputer atau laptop kat rumah? Kalau komputer sendiri mesti tak ada masalah pasal driver sebab selalunya komputer baru atau laptop baru akan diberi sekali dengan cd driver. Kalau tak ada driver pun mungkin sesetengah jenama je yang tak ada cd driver. Bagaimana jika cd yang diberikan hilang dan korang tak pernah simpan driver tersebut dalam pendrive atau dalam komputer korang tu? Masalah besar ni.. kih3!!!..


Tapi sebenarnya bukanlah masalah besar kalau korang tahu bagaimana caranya untuk mencari kembali driver yang hilang tu. Kepada sesiapa yang masih tidak tahu cara untuk mencari driver yang hilang tu, korang boleh baca entri ni sampai habis. disini akan dikongsikan bagaimana caranya untuk mencari driver komputer yang hilang tanpa menggunakan sebarang software.

Langkah pertama yang korang kena buat ialah korang kena masuk pada bahagian properties my computer tersebut terlebih dahulu seperti dalam gambar dibawah.


Langkah kedua ialah korang klik pada butang yang bertulis device manager seperti dalam gambar dibawah dan seterusnya dan korang akan nampak kesemua senarai hardware yang terdapat dalam komputer atau laptop korang tu sebelum korang teruskan dengan langkah yang ketiga.


Seterusnya ialah, carilah mana-mana bahagian yang bertanda seruan atau segitiga yang berwarna kuning dimana bahagian tersebut masih tidah mempunyai sebarang driver. Jadi dalam langkah ini, klik kanan pada bahagian yang masih tidak mempunyai driver tersebut dan masuk pada properties. Seterusnya satu tetingkap atau window akan keluar. 


Seterusnya ialah, masuk pada bahagian yang ketiga atau bahagian details untuk hardware yang masih tidak mempunyai driver tersebut dan tukar bahagian property daripada device description kepada hardware ids. 


Seterusnya, copy id yang panjang seperti dalam gambar dibawah dan korang google la id tersebut untuk mendapatkan link sebelum boleh memuat turun driver yang korang cari tu. Jika korang masih gagal untuk mendapatkan driver tersebut, bolehlah mencuba apa-apa software untuk mencari driver komputer atau laptop seperti driver magician atau banyak lagi. 


Seterusnya korang install la driver yang sudah dimuat turun tadi dan diharapkan entri kali ini dapat membantu ramai pengguna komputer atau laptop yang kehilangan cd driver
.











Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

10 comments:

  1. Terima kasih bro. Penjelasan yang mudah difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. terima kasih jugak sebab sudi jenguk2.. hehe

      Delete
  2. Senang je rupanya nak cari driver dlm pc ni. Selalu main hentam je download nama fail yang lebih kurang sama, install. Patutlah selalu fail, hehe. Ok, tq utk info. Sangat jelas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. senang je kan? kalau tak tahu semua jadi susah.. bila dah tahu senang je rupanya..

      Delete
  3. Ya Allah, Nad memang noob sangat taktahu apape pasal driver apa semua ni. Tapi entry camni selalu membantu ehhe mekasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. benda elok sama-sama kongsi la.. hehe

      Delete