CARA MENGAWAL SUHU KOMPUTER ATAU LAPTOP DENGAN SPEEDFAN




Komputer merupakan salah satu alat yang sangat berguna kepada ramai orang dimana kebanyakan komputer harus ada dimana-mana pejabat untuk melakukan apa-apa pekerjaan. dengan adanya bantuan daripada komputer, kerja boleh disiap dengan lebih cepat, kemas dan sebarang kesilapan yang dilakukan juga boleh dibetulkan dengan lebih mudah.




Komputer juga sangat berguna dan merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada blogger juga dimana dengan adanya komputer, blogger boleh menaip sebarang entri dengan lebih cepat dan gambar juga boleh disiapkan dengan lebih cepat dan mudah. 

Oleh itu, adalah suatu kemestian kepada pengguna komputer untuk memastikan komputer yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Untuk memastikan komputer dalam keadaan yang baik, pengguna mestilah melengkapkan komputer tersebut dengan antivirus yang bagus dan perlulah memastikan kebersihan pada bahagian dalam komputer tersebut untuk memastikan suhu komputer tersebut dalam keadaan yang normal.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsikan kepada para pembaca berkenaan dengan cara memastikan suhu komputer dalam keadaan yang normal dengan menggunakan software. Walaubagaimanapun, kebersihan dalam komputer tersebut masih perlu dajaga.

Dibawah merupakan paparan yang boleh dilihat dengan menggunakan speedfan. Bagi sesiapa yang suka melihat paparan yang menyeluruh seperti menjaga panel dalam bilik kawalan, bolehlah memilih bahagian exotics untuk melihat paparan seperti dibawah.


Kepada sesiapa yang labih suka melihat perubahan suhu pada komputer, bolehlah memilih bahagian chart dan paparan seperti dibawah boleh dilihat. 


Bagi sesiapa yang lagi suka melihat perubahan suhu dengan paparan yang lebih ringkas, bolehlah memilih bahagian readings sahaja dimana cuma bacaan hardware dalam komputer sahaja yang akan dipaparkan seperti dalam gambar dibawah.


Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan software speedfan ini, anda bolehlah memuat turun software tersebut seperti yang terdapat dalam link dibawah.


Share on Google Plus

About Mohd Sharifuddin Omar

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

6 comments:

  1. Oh, baru tahu tentang speedfan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba.. cuba.. jangan tak cuba sementara kena cuci guna vacum ni.. hehe

      Delete
  2. Info yang sangat berguna.. Tq bro..

    ReplyDelete