MURTABAK POPIA

 

Murtabak Popia


Kebiasaannya, ketika hampir musim perayaan, murtabak adalah salah satu makanan yang selalu dimakan ketika juadah berbuka puasa dibulan Ramadhan. Untuk membuat murtabak popia ni, 2 resepi bahan perlu disediakan iaitu kulit luar dan juga inti didalamnya. Antara resepi bahan-bahan untuk membuat kulit luar dan juga intinya juga adalah seperti dibawah.

Resepi bahan-bahan untuk kulit luar:

  • Kulit popia
  • 1 biji Telur
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit air
Resepi bahan-bahan untuk inti:
  • Gula
  • Garam
  • 1 Kiub Knor
  • Minyak
  • 1-2 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji bawang putih
  • 3 bij bawang merah
  • 2 biji ubi kentang
  • isi ayam atau daging
Cara-cara membuatnya:
  • Hancurkan isi ayam atau daging yang telah dibersihkan
  • Potongkan ubi kentang berbentuk dadu
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang tadi sehingga naik bau
  • Masukkan isi ayam atau daging yang telah dihancurkan tadi
  • Masukkan kiub ayam dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes dan gaul sehingga sekata
  • Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sekata
  • Masukkan isi kentang yang telah dipotong dadu tadi dan gaul sehingga sekata
  • Lembabkan kulit popia dengan kain basah
  • Masukkan inti yang sudah siap dimasak kedalam kulit popia.
  • Gunakan air dan tepung gandum sebagai gam untuk kulit popia tadi
  • Sapukan telur pada kulit popia tadi sehingga rata
  • letakkan murtabak tadi kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • Panaskan didalam air fryer dengan suhu 165 darjah celsius selama 8 hingga10 minit bergantung kepada saiz murtabak (balikkan murtabak pada separuh masa

Nanti bolehla gunakan resepi ini ketika Bulan Ramadhan nanti untuk juadah berbuka puasa.

Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

0 comments:

Post a Comment