RESEPI AYAM GORENG KOREA

Ayam Goreng Korea

Untuk penyediaan resepi ayam goreng korea ni kita ada 2 kategori bahan-bahan yang perlu disediakan iaitu penyediaan ayam dan juga sos. Untuk penyediaan bahan-bahan tersebut, sila rujuk pada resepi bahan A dan juga resepi bahan B seperti dibawah.

Bahan A (ResepiPenyediaan Ayam)

  • 1 ekor ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang putih
  • Tepung goreng bestari
  • 1 inci halia
Bahan B (ResepiPenyediaan Sos)
  • 1 kiub ayam knor
  • 1 sudu besar chili flakes
  • 1 biji cili padi
  • 1 biji bawang putih
  • 2 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • Sedikit bijan untuk ditabur
  • Jus lemon secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Penyediaan Resepi Bahan A:
  • Kisar lumat bawang putih bersama halia.
  • Kemudian gaulkan bersama dengan serbuk lada hitam
  • Perapkan ayam selama 1 jam
  • Gaulkan ayam tersebut dengan tepung goreng bestari
  • Susunkan ayam tersebut kedalam bakul air fryer.
  • setkan suhu 190 darjah celsius selama 22-25 minit bergantung kepada kuantiti ayam (balikkan ayam setiap 5 minit dan teruskan menggoreng sehingga habis masa.
Cara-cara Penyediaan Resepi Bahan B:
  • Kisar lumat bawang putih bersama dengan cili padi
  • Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi yang telah dikisar kedalam loyang leper dan goreng dengan air fryer sehingga naik bau
  • Selepas itu masukkan kesemua bahan-bahan yang lain bersama-sama dan panaskan selama 3-5 minit dengan suhu 190 darjah celsius.
Selepas kedua-dua penyediaan bahan sudah siap, gaulkan bahan A dan B bersama-sama dan taburkan bijan keatas ayam yang telah siap digaul dan ayam sudah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba resepi ayam goreng Korea. Hehe..

Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

2 comments: