RESEPI CHICKEN POPCORN


Chicken Popcorn

Untuk posting hari ini, saya akan kongsikan resepi membuat chicken popcorn, antara bahan-bahannya ialah seperti dibawah. Pastikan 3 bekas berasingan disediakan untuk penyediaan bahan-bahan ini.

Bekas A

  • 1/2 besar serbuk besar cili
  • 1/2 sudu besar lada hitam kasar
  • 1/2 kiub ayam knor
  • 1 biji bawang putih yang ditumbuk
Gaulkan semua bahan-bahan resepi chicken popcorn dalam bekas A tadi sehingga sebati dan perapkan dengan isi ayam selama 1 jam. Selepas 1 jam, masukkan 1 1/2 setengah sudu besar tepung gandum dan 1/2 sudu besar tepung beras

Bekas B
  • 3 biji telur ayam (bergantung pada kuantiti isi ayam yang nak dimasak)
  • 1 sudu teh garam (bergantung pada isi ayam yang nak dimasak)
Pukul semua bahan-bahan resepi chicken popcorn didalam bekas B tadi sehingga sebati

Bekas C
  • 2 sudu besar bread crumps
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
Gaulkan semua bahan-bahan resepi tadi didalam bekas C sehingga sebati.

Sekarang semua penyediaan bahan-bahan resepi chicken popcorn sudah selesai dan cara-cara untuk membuatnya seperti dibawah.
  • masukkan isi ayam yang telah diperapkan dalam bekas A tadi kedalam telur yang telah dipukul di dalam bekas B tadi.
  • kemudian masukkan isi ayam yg telah dicelup kedalam telur tadi kedalam tepung yang telah disediakan di dalam bekas C tadi.
  • Gaulkan sehingga sebati.
  • masukkan kedalam air fryer dan setkan suhu 180 darjah celcius selama 6 minit. Selepas 6 minit balikkan dan sambung untuk panaskan lagi selama 4 minit.

Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

2 comments:

  1. Boleh cuba resipi yang dikongsikan. Selalu beli yang dah siap. :)

    ReplyDelete