CARA HANTAR LOKASI DENGAN APPLIKASI WHATSAPP DENGAN BETUL


Sebenarnya masih ramai yang tak tahu cara nak menghantar lokasi kepada rakan-rakan atau seseorang dengan menggunakan aplikasi whatsapp dengan betul. Ramai yang tahu menggunakan whatsapp dan ramai yang tahu cara hantar lokasi kepada seseorang dengan menggunakan whatsapp tetapi adakah caranya betul atau tak betul?


Macam mana nak tahu betul atau tak betul? Cuba hantar lokasi kepada seseorang dan tengok adakah orang yang menerima lokasi itu boleh mencari kita dengan mudah? Kalau orang yang menerima lokasi itu boleh mencari kita dengan mudah rasanya sudah tidak ada masalah. Tapi bagaimana kalau orang yang menerima lokasi yang dihantar tu sampai jauh dari lokasi yang sepatutnya?

Jadi kali ni, saya nk kongsikan bagaimana cara nak menghantar lokasi kepada seseorang untuk membolehkan orang yang menerima lokasi tersebut boleh sampai di lokasi yang dimaksudkan dengan cara yang lebih tepat. 

Langkah 1

Mula-mula sekali ialah dengan menekan tombol atau ikon untuk menaikkan atau upload file tu seperti dalam gambar diatas. Bahagian ni rasanya semua orang sudah tahu dan tak ada masalah bagi semua orang berkenaan cara untuk menghantar lokasi dengan menggunakan applikasi whatsapp.

Langkah 2

Bila paparan macam gambar kat atas dah muncul, sentuh je bahagian Location tu. Yang ni pun sudah ramai yang tahu. Jadi kat mana masalahnya? Bila sudah tekan ikon location tu, jangan terus tekan butang send kepada penerima tapi sila tunggu dan baca seperti dalam langkah dibawah.

Langkah 3


Cuba lihat pada bahagian accurate to 4 meters tu. Cuma 4m je kan? Selalunya bila kita tekan location seperti dalam langkah 2, nilai accurate tu biasanya akan menjadi beratus-ratus meter. Jika bernasib baik, nilai itu akan terus keluar dalam jarak yang dekat. Jika nilai yang keluar dalam jarak yang besar, sila tunggu sehingga nilai yang paling kecil diperolehi. Selepas tu barulah tekan butang send kat penerima tu.


Share on Google Plus

About Sharifuddin

Jejaka yang suka gelak dan menggodek-godek.. Kadang-kadang jadi tikus baiki labu

1 comments: